Home About Travel Diary PR News Cerpen Bloglist

Thursday, 12 November 2015

Cerpen 1 : PERGI

"Kalau kau tak kecewakan aku dulu , mungkin sekarang aku tak jadi macam ni , Terima kasih ". Setiap kali aku tengok apa yang ada dengan aku sekarang , aku bersyukur .

5 tahun lepas ............
"Weh , lepas ni kalau aku pergi dari hidup kau , kau janji dengan aku.kau cari aku balik okay ?" Ujur Helmi . Helmi , kawan baik aku , kecik-kecik dulu selalu main masak-masak , kawin-kawin sama-sama . Tak lah , aku gurau je . Aku kenal dan rapat dengan mamat ni masa sekolah rendah dulu . Masa darjah 2 dia pernah tarik kerusi aku masa aku nak duduk , 2 hari jugak aku mc sebab sakit punggung. Hari ke 3 lepas kejadian tu , dia bagi aku coki-coki lepastu siap mintak maaf lagi . Lahaiii comelnya kau dulu Helmi . hehe . Sejak tu mamat ni janji nak jaga aku sampai bila-bila .

Aku dengan Helmi sekelas sampai ke sekolah menengah . Rapat punya tak rapat la sampai UPSR dia 5A pun dia still nak sekolah dengan aku . Masa dia tolak tawaran MRSM dulu , berkejaran jugak la Helmi ni dengan bapak dia . Sampai bajet nak lari rumah la sebab taknak berpisah sekolah dengan aku. Mas sekolah menengah , ada satu mamat ni nak 'try' aku , bertumbuk jugak la Helmi dengan mamat tu semata-mata tak bagi aku terjebak dalam akncah "couple" ni. Helmi pernah pesan dekat aku " Jiha , kau jahat macam mana pun , kau jangan pernah curi hati orang .Bahaya." Sampai sekarang aku ingat .

Tapi kau lupa , hampir 9 tahun kita kawan, kau yang mula curi hati aku . Aku pun pelik sejak bila aku suka kau . Jenuh aku halau , tapi degil dia macam kau Helmi , aku mintak maaf . Sebab aku taknak teruskan perasaan aku dekat kau , lepas habis PMR aku apply sekolah berasrama diam-diam. Sorry Mie , bukan aku benci kau , tapi aku benci diri aku sebab aku suka kau . Alhamdulillah keputusan PMR aku membanggakan . Kau pun sama . Tapi kau cakap kau nak saty je dekat sekolah tu sebab ada aku . Aku diam , sebab aku tahu aku takkan stay sama-sama dengan kau.

Hari result PMR keluar tu , kau terus ajak aku pergi rumah parents kau , Tak dinafikan persahabatan kita yang nak cecah usia 10 tahun atau kalau ada anak , budak tu dah nak darjah 3 dah , memang ibu dan babah kau dah macam parents aku sendiri dan mama dan ayah aku dah macam parents kau . Sampai je rumah kau , babah kau panggil sebab nak cakap sikit dengan aku . Aku dengan slamber ikut je babah kau duduk dekat taman kecil rumah kau tu. "Kenapa babah ?" haah memang bapak kau dah macam bapak aku sendiri hee. " Babah ada benda nak cakap dengan kamu ni , tapi kamu janji ni rahsia kita , Helmi tak bole tahu" Aku angguk. "Babah dah nekad nak masukkan Helmi ke sekolah berasrama, babah rasa dah sampai masa korang berdua berpisah , babah bukan apa , korang berdua dah besar tak manis orang pandang kehulu kehilir berdua walaupun korang dah rapat dari kecik. Babah tahu korang tak pernah buat benda yang tak senonoh tapi babah harap kamu faham apa yang babah cuba sampaikan "

Sejak dari haritu kau kena tahu kenapa aku jauh dari kau Helmi. Bila kau datang rumah nak cari aku , aku terpaksa ajar mama menipu kau . Aku pesan dekat mama kalau kau datang cakap je aku keluar ke , sakit ke , tidur ke . Tu belum masuk panggilan yang kau buat , kalau phone aku boleh bersuara mesti dia maki aku suruh aku angkat. Aku mintak maaf Mie .Aku buat semua ni sebab aku sayang kau. Kau pernah fikir tak semua tu ? Takkan ? Lepas tu kau masuk sekolah baru , aku pun dapat tawara sekolah berasrama. Kau tahu masa kita pegi ambil result PMR dulu , tu kali terakhir aku nampak kau , aku dengar suara kau , aku tengok senyum tawa kau . Helmi , aku rindu kau.

2 tahun kemudian, lepas habis je paper SPM , takdir Tuhan kita terserempak dekat Mall berhampiran kawasan rumah kita. Helmi kau makin tinggi , hensemnya kau Mie. Aku nak tegur kau , tapi kau jeling aku Mie , aku nampak ada perempuan sebelah kau, berderai hati aku Mie , aku dengar perempuan tu panggil kau sayang . Mie dulu masa kita rapat aku je yang boleh panggil kau macam tu , sekarang kau bagi tahta tu dekat peempuan lain ? Aku okay Mie , walaupun berdarah . Balik rumah aku dapat whatsapp dari kau Mie , melonjak aku tapi masa yang sama aku takut , takut mesej kau tu akan memainkan perasaan aku.

"Salam , Jie tadi tu kau kan dekat mall ? Kenapa kau tak tegur aku ? Kenapa kau lari dari aku ? Kau nampak aku kan ? Jie , aku rindu kau Jie . 2 tahun kau takda dengan aku , aku sunyi Jie. Perempuan tadi aku jadikan dia teman nak hilangkan sunyi aku je Jie . Jie , kau tahu kenapa aku diam 2 tahun ? Sebab aku marah kau , Kau tinggal aku macam tu je lepas PMR . Call aku , mesej aku kau tak reply . Aku pegi rumah kau , mama cakap kau keluar dengan kawan-kawan la . Padahal aku nampak kasut kau ada je dekat rumah . Bukannya aku tak kenal kasut kau , kau bukan ada banyak kasut pun. Jie , balas la whatsapp aku ni. Sepatah pun jadi . Aku rindu sangat nak gelak balik dengan kau , nak balik dengar gelak aneh kau tu . Jie please Jie . Ke kau nak aku pegi rumah kau ? Jie , kau tak rindu aku ke "

" Mie , maaf . Aku dah taknak jadi bestfriend kau . Anggap kita tak pernah kenal . Kau buat hal kau , aku buat hal aku " Aku tahu mesej aku ni merenyuk hati kau , tapi aku buat sebab aku sayang . Aku taknak jatuh cinta dengan kau , Cukup sekali aku terjatuh aku taknak kali kedua dengan kau. Mie aku mintak tolong kau pergi dan jangan kembali. -TAMAT-

3 comments:

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤