Home About Travel Diary PR News Cerpen Bloglist

Wednesday, 27 April 2016

#Ayamtosarawak : P A R T 2 ( Bandar kuching )





Assalamualaikum and Hai Geng !

Welcome to Kuching City yey !!!! Since kiterang memang menginap di Samarahan. Sepanjang 2 minggu duduk Sarawak ni 2,3 kali gak ahh kami g Kuching City ni. Aku nak cerita banyak pun tak reti. maklumla lupa habis aih hahah.

Dari Kota Samarahan ke Kuching City kalau naik bas dalam RM 3.00 /pax. 10A kot nama bas tu. Dun worry orang Sarawak ni ramah-ramah kot. serius tak tipu !

Apa yang ada dekat Kuching City ni ? :

1) Water Front




Deretan kedai ni nampak mcm usangkan. Buah tangan untuk dibawa balik ke semenanjung semua ada dkt sini. >< Rambang mata weh !


Tu banggunan parlimen



Cubaan nak selfie dengan banggunan selfie tapi banggunan tak nampak ! HAHAH



Korang boleh try jugak naik cruise ni dia bawak pusing2 sungai tu . Harga tak sure sebab tak naik. hihi



Jangan risau sesat ke apa sebab ada management office dkt depan Waterfront tu





Nampak mcm church kan ? Wehh ni restaurant hahah tak rasanya non-halal



penat2 jenjalan tu boleh la makan2 dkt sini. Dia jual makan ringan2 mcm cucur and rojak ayam ! Emm dap 

     

Ni banggunan Brooke apantah. masa kiterang pegi tu dia tutup. so tak boleh masuk 





Kalau naik sampan ni only 40 Cent kalau tak salah. Tapi after 7.00 malam dia harga dia RM 1.00



Yeyy naik sampann


Ni dari that side. Means kalau naik bas tadi korang akan berada di sebelah sana. Yang bangunan tu hotel sebenanrnya. nice gila tepi sungai kan



Ais krim Apong ! RM 2.50 



Dekat sini korang boleh dapat Mee Kolok ! Kalau pegi wajib try ! Sungguh wajib


Korang jangan risau semua yang korang cari ada dkt sini. Masjid, Shopping mall, hotel mcD, KFC , 7e. hape lagi ? ATM . ada jangan risau. 

Sebenarnya banyak lagi dekt sini. Tapi since gambaq yang ni ja hado. hahaha yang ni jelah yang aku ingat *my bad

Korang boleh jugak baca part 1 kalau nak 





Sunday, 24 April 2016

#Ayamstosarawak : P A R T 1 ( Kuching - Kota Samarahan )

Bismillahirrohmanirrohim......



HAHAHAHAH semua muka tak ready <3

Assalamualaikum w.b.t and hi geng !

Pertama sekali jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa yang dengan rela tak rela melepaskan anak dara mereka terbang ke Kuching, Sarawak selama 2 minggu hihi. Terima kasih sebab tambah2 duit belanja kiteee. Tak lupa buat Nor Hannah Shahirah sekeluarga sebab bagi tumpang rumah , bagi makan minum, bawak kitarang jalan-jalan area kuching, tolong carikan kereta sewa dan lain-lain selama 2 minggu. Terima kasih buat Air Asia sebab layanan best. Stewards hansem. HAHAHHHAHAHA ( K gurau ). Oh hampir lupa family aunty K ! Thanyou tumpangkan rumah semalam lepastu belanja dinner pulak and kak aisyah , Aiman thanks hantar kitarang dkt KTM. *hugs*

Fuh eksaited kakak nak cerita ni. Sebenarnya dah lama plan nak pegi travel dengan Hanna and Miza. Alhamdulillah dapat jugak. Since parents Hanna dah pindah Sarawak why not kita pegi ziarah kan ? Ticket memang dah beli awal-awal lagi. So kami pilih Air Asia sebab masa tu itu paling murah. hehe. sesuai la dengan budget student kami ni kan ? Harga yang kitarang dapat RM 268 return flight. Murah ken ?

25 March ( Jumaat ) tu dalam jam 12 tgh hari mcmtu dah gerak dari Butterworth ke Ipoh. Kitarang decide memang nak pergi terus rumah Hanna dkt Seri Iskandar. Sebab flight hari isnin. Lpastu 27 Mac ( Ahad ) dalam pukul 6 ptg mcm tu Aunty K datang amik kitarang . Sbab kami kena pegi KL Sentral naik KTM tau. Ticket pukul 5.10 pagi 28 Mac ( Isnin ). Serious kitarang memang guna tenaga banyak gila. HAHA. kalau masuk explorace ni memang menang ah ! Komfem wa cakap lu. KTM dari Stesyen batu Gajah ke KL Sentral RM 35 kalau tak salah.  Lepas sampai KL Sentral memang terus amik bas ke KLIA 2. Murah je . RM 11. Kalau korang taktau dkt mana nak amik bas tu korang tanya je polis-polis yang jaga dkt situ.. Tiket bas tu kena beli onthespot tau. Contoh masa tu hang nak naik masatu jugak kena beli. Dapat ?

Lepastu sampai KLIA 2 terus cari subway nak makan. Lapaq ! masa tu dah pukul 12.00 tgh hari mcm tu. Haaa ni yang aku nak cerita ni. Aku betul2 tak puas hati dengan pekerja subway situ sebab rude gila ! Sumpah aku tak boleh lupa muka minah tu. Kan kena pilih menu bagai tu. then sampai part veggie aku bgitau la apa aku nak lpastu dia salah amik. aku cakap la yang tu taknak ( tak silap aku masa tu aku tunjuk pickles tapi dia amik tomato ) lepastu dia jeling aku weh. lpastu siap cakap lagi " Sorry la " dengan nada tak puas hati. Ya Allah aku dah la tengah lapar, lpastu kena layan mcmtu pulak. Engko tak menyirap. Lepastu aku rasa aku senyum pun memang tak ikhlas gila. hahahahha.
Ingtkan aku sorang je mcmtu. Hanna dgn Miza pun kena layan macam nak taknak je. Kami pun mcm syak dia period kot masatu kan ?

Oh btw kitarang pegi ber4. Ili , classmate . Ili rumah dia memang area situ je. So dia pegi sendiri. Jumpa dkt airport jelah.. Dalam 12.30 mcmtu Ili sampai lpastu kitarang check in luggage semua.
Lepastu kitarang terlambat sikit. Masa last called untuk masuk dlm flight tu kan kitarang tgh bahagia berjalan. Berlari la semua. hahahahaha dah la gate jauh gila. bayangkan masa tu dkt surau. Gate pulak no 16 ke 18 tak igt. Berexplorace lagi kami. HAHAHAH. sumpah kalau igt memang kelakar. Dalam 5 ptg macam tu selamat mendarat dkt Airport Kuching !. Alhamdulillah semua okay. Parents Hanna jemput. Lepastu terus balik ke Kota Samarahan. Which is rumah Hanna. Okay sambung next entry :)

p/s : sorry tak byk gambaq sebab masa ni malas nak begambor lagi. Mood jenjalan ja lebih