Home About Travel Diary PR News Cerpen Bloglist

About










Assalamualaikum w..t and hai geng ! ( Macam dah jadi trademark) huhu

Tak tahu mcm mna nak mula. Kita bedal ja okey? Hihihi

AAA stand for AIN ATHIRAH ANUAR. Dari aku lahir memang orang panggil Ain. Dah masuk sekolah ada yang panggil Athirah. Sejak ada adik tetiba kena panggil Angah. Kalau dekat twitter orang yang tak kenal panggil tghah ( Sebab twitter aku nama tghah ). Ada panggil Kak Ngah, Kakak, Kak Long Kawasan, Sayang lah eh ? Hahahaha. Aku okey je mana-mana pun. Janji bernama. Jangan panggil bukan2 sudah lah.

Merupakan Batch 1995 ( Hei siapa sama ? ). Suka makan tapi berat tak naik. Suka travel tapi duit tak pernah cukup. Lebih berminat kepada motor daripada kereta. Since dapat lesen kereta terus bawak Auto terus lupa mcm mna nak bawak kereta manual.

Aku masih ada seorang Mak dan Abah ( Alhamdulillah ) , Seorng abang dan dua orang adik satu perempuan satu lelaki. Oh Cukup 2 pasang ! Hahaha

Dari umur 5 tahun sampai 15 tahun memang sekolah dekat Gunung Semanggol. ( Tadika Kemas Gunung Semanggol , SKGS dan SMKGS ). Bila jejak umur 15 tetiba ubah angin pindah sekolah berasrama di Kuala Kangsar ( SMV Kuala Kangsar ). Terjebak pulak dengan aliran Katering sampai SPM. Padahal tak minat pun. huhu. Sementara tunggu result pernah bekerja seminggu dekat kedai buku. Lepastu berhenti dan menganggur. Lepas keluar result SPM dapat tawaran ke Form 6 SMK Mudzaffar Shah aliran Ekonomi. Lepas seminggu dapat tawaran ke UiTM Pulau Pinang. Terjebak pulak dengan course Tourism Management. Alhamdulillah 2016 tamat sudah Diploma. InshaAllah bakal Grad pada November 2016. (Doakan) ! Sedang menunggu tawaran Degree pada ketika ini ( Dengan niat dan harapan dapat course Science Computer, Doakan! ) 

Lepas macam ni mcm mna ? Lalang gila kan aku ? HAHAHAHAH

Aku merupakan anak kelahiran PERAK . tapi disebabkan aku dilahirkan di utara perak , makanya bahasa aku ke arah kedah,penang gituuu.. hikhik . Oh ya aku mula berblogging ni since 2012 lagi. Waktu cuti tunggu result SPM la katakan. hiks . Big thanks to  AYA  sebab sudi bina blog aku yang mula-mula sekali and tak jemu pun bagi ilmu blogging ni. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih melekat dengan dunia blog ni walaupun macam air dilautan yang sekejap pasang sekejap surut. giteewww. Menulis untuk suka-suka. Berkongsi apa rasa. Kadang-kadang terover juga maklumla manusia biasa :)


" Dulu main blog sebab nak cerita pasal boyfriend,nak maki dia semua. Sekarang jatuh cinta dengan blog sayonara boyfriend yang kini jadi ex "

Kenapa theathra ? 2012 dulu blog ni ainathirahanuar.blogspot.com lepastu tukar diariatasawan lepastu tukar kejams lepastu dah giveup nak fikir and masa tu mcm jadi trend pulak letak D' or the ni. Then terus pilih theathra ( athra = athirah ) Theehehe tu sejarah dia. 

p/s : baidewei aku ni takdak la biadap sangat nak ber'aku kau' 'aku hang' dengan bloggers lenlain. Entry je gangster gegila. Padahal balas comment ber'kita awak' 'ain kamu' . sopan kan. hewhew. Jangan marah aku tu ibarat bahasa perantara antara kita yang jauh di dalam lubuk hati berbahasa i u. hiks 

4 comments:

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤